Gajah Duduk merupakan satu imej yang melambangkan peneraju pasaran kain di Indonesia. Gajah juga melambangkan kain yang kuat dan besar.

Gajah Duduk adalah jenama yang paling berprestij di pasaran. Ini terbukti apabila Gajah Duduk sentiasa mendapat Anugerah Superbrands untuk beberapa kali. Anugerah Superbrands adalah anugerah antarabangsa diberikan kepada jenama yang paling popular dan dipercayai. Selain itu, Gajah Duduk juga diiktiraf sebagai penerima Anugerah Topbrand Indonesia.

Sejak ia mula-mula diperkenalkan ke dalam pasaran, Gajah Duduk sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan terutama di dalam industry kain sarung Indonesia. Hari ini, Gajah Duduk merupakan pengeluar terbesar untuk industri kain pelikat domestik iaitu dengan peratusan pengeluaran 40 peratus daripada jumlah pasaran domestic di Indonesia.

Gajah Duduk merupakan Sarong berkualiti tinggi dan selesa untuk dipakai. Gajah Duduk mempunyai puluhan ribu  reka bentuk dari hasil idea kreatif pekerja Gajah Duduk. Satu reka bentuk sarung pula mempunyai 12 hingga 30 kombinasi warna yang menarik dan elegan untuk menepati citarasa pelanggan di seluruh dunia.


0 comments:

Post a Comment